January 2012 | My Aura









Monday, 30 January 2012

Aura Minda Penjana Sahsiah Berketerampilan

Zaman yang penuh cabaran ini,kebanyak dari kita akan mengalami stress dan tekanan yang melampau serta masalah sosial yang semakin meningkat terutamanya kanak-anak  remaja.Ini kerana mereka adalah golongan yang baru hendak memulakan fasa baru,so masa ini adalah penting untuk menyediakan suasana yang bagus untuk membentuk sahsiah.So,ibu bapa hari ini perlu lebih efektif dalam memantau anak-anak,lebih-lebih teknologi hari ini adalah dihujung jari,lagi senang untuk berkomunikasi.

Teknologi adalah bagus tapi salah menggunakannya akan menyebabkan kemudarata kepada diri seperti masalah fokus,masalah pskologi dan bermacam lagi masalah lain.Tahukah anda,handfon,laptop adalah antara benda yang akan menghasilkan electronegatif  dalam hidup kita.Bayangkan,hari-hari bergayut handfon 2 hingga 3 jam,main laptop berjam-jam,maka kesannya akan membuatkan diri  dan aura kita mudah lemah.Maka,lingkaran aura kita semakin nipis kerana banyak sangat benda negatif masuk dalam diri,sebab tu kadang-kadang anak-anak hari ini susah untuk mendengar nasihat ibu bapa,salah satu faktor.

Pernahkah anda tengok jam?Berapa kali anda tengok jam sehari?cuba anda perhatikan jam anda berpusing ikut tawaf Ka'abah @ sebaliknya.Satu-satunya tempat paling positif dalam dunia adalah Ka'abah adalah Ka'abah,jadi bayangkanlah...anda tengok jam hari-hari yang menghasilkan elektronegatif ,dari mata jatuh ke hati.Sebab itulah,hari ini banyak sangat benda-benda yang negatif dalam kehidupan seharian yang menyebabkan aura diri kita semakin nipis.Itu pun belum ditambah lagi kalau kita dalam keadaan stress,jadi carilah sesuatu yang dapat mengembalikan aura kita suapaya bersemangat kembali.

Begitu juga dalam menangani anak-anak yang bermasalah,cubalah set pil aura minda yang memiliki EQ,IQ,SQ dan AURA.Satu-satunya produk yang mengandungi SQ dan AURA di pasaran.Semua ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dalam dalam hidup di dunia dan akhirat,maka cubalah produk yang dapat memberi kedua-duanya,insyaallah dengan izinNya,akan nampak kesan dalam diri anak-anak.




KHASIAT SET AURA MINDA :
  • Mencergas minda dan IQ serta mengatasi tekanan perasaan.
  • Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan.
  • Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan.
  • Memulihkan tenaga semulajadi.
  • Mengharmonikan fizikal dan mental.
  • Mengembalikan fungsi organ-organ yang telah lemah.
  • Membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak dengan sendirinya menjadi Minda Pintar Positif
  • Memberi kemahuan serta minat untuk belajar.
Setiap keluarga menginginkan anak-anak ang cerdas akal, yang teguh iq dan yang mantap daya ingatannya. ibu bapa juga sangat berharap mempunyai anak-anak yang mendengar cakap, menghormati dan sentiasa memelihara kehormatan dan maruah keluarga. Antara ikhtiar lain yang boleh diambil ialah dengan mendapatkan rawatan aura genius.
Ikuti testimoni ini;

Kisah benar 1 :
"Anis 15th-pelajar seorang anak yang sangat rajin, kuat berusaha tapi sering menyamai pencapaian adiknya 14th yang kurang berusaha yang hanya bergantung kepada pembelajaran di bilik darjah. keputusan pertengahan tahun hanya mampu mendapat 3a, 4b dan 1c.
Setelah dicadangkan menggunakan aura genius,menjadi lebih fokus, lebih bersemangat, ceria. dengan jadual belajar yang sama seperti dulu, pencapaian dalam percubaan pmr baru-baru ni berjaya mlonjakkan prestasi kepada 7a 1b. 1b yang diperolehinya pun pada tahap 76%.
Alhamdullillah. AURA GENIUS dengan izin ALLAH dapat menyelaraskan semula potensi dan memgeluarkan aura yang tersembunyi". Bantulah anak-anak anda.






Salam Sukses,
Karimah Abdullah

Sunday, 29 January 2012

Kesan Minyak Wangi Auralife Ke Atas Medan Tenaga Badan Manusia



Menurut kajian pakar aura, setiap sel dan organ dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini, aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan, sel-sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.

Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit, badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit. Hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dineutralkan, badannya boleh pulih.

Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya, secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik, mungkin sampai ke tahap memulihkan pelbagai masalah (penyakit) atau menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. jika berlaku begitu, itu adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Auralife hanya merancang, berusaha dan berikhtiar (atas izinNYA jua).

Tindakbalas Wangian Terapi Auralife


Terapi Warna yang terdapat pada wangian Auralife bertindakbalas terhadap komposisi kimia di dalam tubuh badan anda.

Cara Penggunaan : Sembur atau titikkan wangian di atas nadi (tangan kiri) anda. Mulakan dengan Bismillah dan Salawat 3kali. Gunakan nadi di sebelah tangan kanan dan temukan di nadi sebelah tangan kiri dan buat putaran mengikut arah lawan jam kiraan 7 kali. Kemudian sedut wangian tersebut (kerana sedutan yang membawa ke otak akan pula membawa arahan kepada anggota tubuh yang terlibat dalam proses terapi).

Untuk tujuan menaikkan seri, lelaki gunakan wangian berkod 'M' dan wanita berkod 'F'. Manakala untuk tujuan biasa atau terapi, boleh menggunakan mana-mana kod 'M' atau 'F'. Cara Penggunaan Untuk Menaikkan Seri : Sembur atau titikkan wangian Auralife atas nadi di tangan kiri. Gunakan jari manis di sebelah tangan kanan dan palitkan minyak tersebut di jari manis dan sapukan di kening sebelah kanan, kemudian di sebelah kiri pula. Bermula dari hujung kening di bahagian berdekatan hidung menuju ke hujung kening di bahagian berdekatan telinga.

Saturday, 28 January 2012

Stevia Best


Kenapa selama ni orang diabetis/kencing manis kena pantang manis?

- Gula tebu mengandungi 100% karbohidrat
- Gula tebu mengandungi nilai 100 glycaemic index (GI).
- Glycaemic index ialah, ukuran kesan karbohidrat ke atas gula dalam darah. Karbohidrat yang diurai dengan lebih cepat dan membebaskan glukos dengan cepat mempunyai nilai GI yang lebih tinggi.
- Ini menunjukkan gula yang dimakan, dengan cepat sekali terurai dan membebaskan glukos ke dalam darah, dan ini adalah sangat menyeramkan terutama bagi pnghidap diabetis.




Kenapa sekarang kita boleh menikmati kemanisan makanan tanpa ragu2 lagi?
- Stevia ialah sejenis tumbuhan, dengan nama saintifik Stevia rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweet leaf (daun manis)
- Ekstraknya mengandungi kandungan karbohidrat yang sangat rendah, tetapi kemanisannya mencapai sehingga 200-500 kemanisan gula biasa
- Maksudnya, stevia ialah pemberi rasa manis sahaja, tanpa perlu meningkatkan karbohidrat dalam darah
- Sweetermix keluaran Stevico sebanyak 500g mempunyai kemanisan menyamai 7kg gula biasa...tanpa kalorinya



Kelebihan sweetermix:

1) Tidak menaikkan gula dalam darah
2) Menurunkan gula dalam darah (ini berbeza dengan "tidak menaikkan gula dalam darah")
3) Mempunyai kesan merendahkan tekanan darah
4) Selamat, dan disarankan untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung. Juga sebagai alternatif kepada gula dalam makanan harian bagi mengelakkan komplikasi daripadanya
5) Ekstrak daripada tumbuhan asli, bukan pemanis tiruan
6) Boleh dimasak tanpa merosakkan struktur molekulnya
7) Harga yang berpatutan

 
KINI USAH RISAU LAGI! Saya mempunyai tawaran istimewa kepada anda. Anda mempunyai 2 pilihan produk:

1) 1 botol Stevico Sweetermix, kandungan antara 21g, berharga RM 20 HARGA PENGENALAN RM 15 sebotol!!


2) 1 kotak 500g Stevico Sweetermix, berharga RM 130

Untuk 500g ini boleh tahan sampai 5-6 bulan penggunaan regular.Sebagainya contoh,anda hanya perlu gunakan 1 sudu teh untuk membuat teh yang dalam teko yang biasa.Sebab tu penggunaannya sangat JIMAT malah dapat merawat penyakit.Jadi,fikir-fikirkanlah..


**Harga tak termasuk kos penghantaran

Aura Beauty Soap Untuk Menyerlahkan Kejelitaan Kulit Anda



Keberkesanan “Aura Beauty Soap” untuk penjagaan kulit

  •     Menggebuka kulit untuk memberikan penampilan yang lebih muda
  •     Menghalus, melembut dan menegangkan kulit
  •     Mengurangkan tisu parut dan kesan regangan juga membantu mengelakkan regangan
  •     Meningkatkan tekstur kulit
  •     Memelihara kulit
  •     Meningkatkan penampilan rupa kulit
  •     Memperbaiki warna kulit
  •     Kulit bertenaga dan memperbaiki kitaran darah
  •     Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah

CARA PENGGUNAAN :

  • Boleh digunakan setiap hari untuk membersih, membuat kulit lebih sekata, melembab dan menegangkan kulit bermasalah
  • Pelembab tambahannya kaya dengan dengan buih berkrim dengan lembut membersih dan membantu mengekalkan kulit supaya lebih sihat
  • Untuk hasil terbaik, buihkan “Aura Beauty Soap” dan urut dengan lembut ke atas kulit. Biarka selama 3 minit sebelum dibilas dengan air.
HARGA  : RM50.00 (SM)
                 RM53.00 (SS)

Aura Minda Untuk Kemanatapan IQ,SQ dan EQ




SET AURA MINDA PINTAR MERANGKUMI

IQ.....kepintaran akal (merumuskan keputusan)
EQ....kepintaran emosi (menjalankan keputusan yakin diri)
SQ....kepintaran jiwa (melengkapkan hasil pelaksanaan keputusan + menyesuaikan diri dengan persekitaran)
AURA (mengimbangi serta mengembalikan tenaga semulajadi )

Satu-satunya produk minda di pasaran yang mengandungi SQ dan AURA

KELEBIHAN PRODUK AURA MINDA PINTAR

  •     Mencergas minda dan IQ serta mengatasi tekanan perasaan
  •     Member kesegaran berfikir sertamenguatkan daya ingatan
  •     Member kesegaran akibta keletihan dan kelesuan
  •     Mengharmonikan fizikal dan mental
  •     Mengembalikan fungsi organ-organ yang telah lemah
  •     Membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak dengan sendirinya dan  seterusnya menjadikan minda pintar dan positif
  •     Memberikan minat serta kemahuan untuk belajar.

KANDUNGAN PRODUK AURA MINDA PINTAR
LOTUS /BUNGA TERATAI
  •     Meredakan ketegangan/ stress
  •     Mengatasi masalah insomnia
  •     Meredakan perasaan berdebar
  •     Mengatasi  tekanan darah rendah

 SPIRULINA
  •     Membantu dalampertumbuhan otak danmeningkatkan memori
  •     Menjana kuasa minda
  •     Memperbaiki tidur
  •     Merangsang pertumbuhan janin
DHA
  •     Meningkatkan kecerdasan otak
  •     Mengelakkan kemerosotan kekuatan minda
  •     Meningkatkan pertumbuhan sel otak
  •     Mengaktifkan sel retina dalam mata
  •     Merehatkan kelesuan mata
  •     Meningkatkan penglihatan

PUCUK PEGAGA
  •     Meningkatkan memori
  •     Memberikan ketenangan
  •     Meningkatkan tumpuan
  •     Anti stress,mengatasi masalah takut dan bimbang
  •     Menguatkan system imunisasi
  •     Melindungi hati dan buah pinggang

KAEDAH PENGAMBILAN AURA MINDA PINTAR
  •     Satu biji pagi dan malam
  •     Kemamkan di bawah lidah
  •     Pakai bersama wangian Auralife Genius
HARGA :SEKOTAK KECIL/ 40 BIJI + 1 BOTOL PERFUME GENIUS  = RM90.00 
SEKOTAK BESAR/ 4 KOTAK (160 BIJI) + 4 BOTOL PERFUME GENIUS = RM360.00

Aura Shaping & Beauty Lotion Memberi Bentuk Badan Yang Menarik




Kelebihan Aura Shaping & Beauty Lotion

:: Boleh digunakan sebagai urutan seluruh badan
:: Membakar lemak dan melansingkan badan
:: Melancarkan peredaran darah yang tersekat
:: Mengatasi masalah selulit dengan berkesan
:: Menegangkan sakit akibat senggugut
:: Melegakan sakit otot & sendi
:: Menegang & menghaluskan struktur kulit
:: Mengatasi masalah kembung perut & sakit belakang
:: Mempercepatkan proses memecahkan angin di dalam
   badan

Cara Penggunaan :

Bagi pengguna Islam, mulakan langkah dengan bacaan Bismillah & selawat sebanyak 3kali & mulalah sapuan di tempat yang bermasalah, serta lakukan pergerakan secara pusingan bulatan melawan arah jam sebanyak 7 kali. Jika anda mempunyai wangian Auralife berwarna kuning, semburkan pada bahagian berkenaan & urut secara perlahan - perlahan.

  • Boleh digunakan sekerap mungkin
  • Untuk kesan yang lebih cepat, sapukan setiap kali sebelum tidur
  • Tidak berminyak & mudah menyerap ke dalam kulit
  • Sesuai untuk seisi keluarga

LOTION 8 DALAM 1 KESANNYA TERASA SEHINGGA 12 JAM!!!

RM 32.00 (S/M), RM 38.00 (S/S) 1 TIUP

Aura Ceo Coffee Memberi Tenaga Berpanjangan


Antara Khasiatnya :

>Menenangkan fikiran
> Memberi keyakinan diri
> Membantu menambah tenaga
>Membantu mengurangkan kolestrol
> Membantu mengurangkan berat badan
> Menbantu mengurangkan rasa lapar
> Menghilangkan rasa mengantuk
> Kecergasan ketika memandu
> Keceriaan keluarga
> Meningkatkan daya tumpuan
> Kebahagiaan rumahtangga
> Ketenangan Emosi

RAMUAN:
Kopi segera dari
biji Kopi Arabica,
Krimer Tanpa Lemak,
Gula Halus, Yis Merah,
Nelumbo Nucifera (Lotus Seed)
dan Roselle

CARA BANCUH:
Larutkan sebungkus kopi CEO dalam secawan air panas, kacau mengikut putaran lawan arah jam sebanyak 7x disertakan Bismillah dan Selawat (bagi org Islam) dan siap dihidangkan. Simpan ditempat yang dingin dan kering. Jauhi dari sinaran matahari secara langsung.

HARGA
*RM32.00 (sm)
*RM38.00 (ss)
(tidak termasuk kos penghantaran)
BERAT: 23g x 15 box (sachets)

Friday, 27 January 2012

Aura Perfume Menceriakan Anda

                                  


  1. Mempunyai pembuat minyak wangi sendiri (maker) 
  2. Mempunyai lebih dari 600 pilihan yang di inspirasi dari jenama terkenal dari seluruh dunia.
  3. Bahan-bahan dan diformulasikan kebanyakan dari Perancis
  4. Keharuman kekal di kulit setanding minyak wangi berjenama.
  5. Di baju (fabrik) pula boleh kekal selama beberapa hari.
  6. Hanya menggunakan minyak wangi anda akan mendapat satu kaedah rawatan getaran tenaga aura yang di diformulasi, diadun , disuntik aura oleh master yang hebat.
  7. Tiada alkohol dan mendapat kelulusan "Sure Halal" serta dipantau oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Sesuai digunakan semasa solat.
  8. Membantu keintiman suami isteri, memberi keyakinan diri, membangkitkan seri wajah , merubah sikap panas baran memberi ketenangan zahir&batin. Mencerdaskan minda dan IQ serta memulih










Minyak wangi mencerminkan imej seseorang

BIARPUN sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi .Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.

Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.

Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.


 Semoga bermanfaat kepada semua=)

Salam Sukses,
Karimah Abdullah

Wednesday, 25 January 2012

Aura : Tenaga Manusia yang Hebat

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.

Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha di serata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.
Tapi adakah aura ini wujud dalam Islam? Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada dalam Islam dan dikenali sebagai NUR.

Apakah itu Nur? Nur berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.
Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah S.A.W. itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.
Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah S.A.W. dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.
Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.

Persekitaran
Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.
Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.
Dalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.
Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadis yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah S.A.W. "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.
Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambil tahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.

Nutrisi dan Pemakanan
Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.
Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa, dan organ dalaman.
Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.

Senaman
Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.
Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat lima (5) waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telah pun melakukan senaman paling asas lima (5) kali sehari.
Selain itu kedapatan perkara lain dalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.
Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.

Tafakur
Tafakur atau dalam bahasa Inggeris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulen.
Tafakur bukanlah perkara yang asing dalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan dalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf dalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.
Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku di sekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.
Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan di dalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.

Tidur
Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.
Dalam surah an-Naba' ayat ke-9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". Selain itu dalam surah al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.

Hubungan Kemanusiaan
Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.
Perkara ini telah banyak dibincangkan dalam konsep muamalat dalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.

Semoga sama-sama kita mendapat ilmu dan sebarkan...JOM SHARE =)


Sedikit perkongsian dari iluvislam..



Salam Sukses,
Karimah Abdullah

Tuesday, 24 January 2012

SET AURA MINDA

Aura Minda Pintar yang dirumus khas untuk merangsang kepintaran akal, kepintaran emosi dan kepintaran jiwa.

Kebanyakan produk minda di pasaran hanya mengandungi elemen IQ dan EQ, tetapi produk Aura Minda Pintar bukan sahaja IQ dan EQ, malah turut mengandungi elemen SQ(spiritual)

IQ: Kepintaran Akal - Merumuskan Keputusan
EQ: Kepintaran Emosi - Menjalankan Keputusan Yakin Diri
SQ: Kepintaran Jiwa - Melengkapkan Hasil Pelaksanaan Keputusan
+ AURA (dari Minyak Wangi Auralife) - Menyinari Kehidupan - Mengimbangi serta Mengembalikan Tenaga Semulajadi



Malah, apabila diamalkan beserta dengan minyak wang Auralife, maka produk ini memberikan satu lagi kelebihan dimana aura minyak wangi tersebut membantu dalam mengimbangi serta mengembalikan tenaga semulajadi.

4 DALAM 1! SUNGGUH HEBAT! LUARBIASA HEBAT!

Manfaat Produk Aura Minda Pintar:
* Mencergaskan minda dan IQ serta mengatasi tekanan perasaan
* Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan
* Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan
* Memulihkan tenaga semulajadi
* Mengharmonikan fizikal dan mental
* Mengembalikan fungsi organ-organ yang telah lemah
* Membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak dengan sendirinya menjadi minda pintar positif
* Memberi kemahuan serta minat untuk belajar


SIAPA YANG PERLU AURA MINDA PINTAR?
* Para pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA/S yang ingin merangsang minda, emosi dan jiwa seterusnya cemerlang didalam kehidupan.
* Ibu-ibu mengandung atau yang menyusu badan (bagus untuk minda anak didalam kandungan)
* Kanak-kanak lembam
* Kanak-kanak hyperaktif
* Orang yang selalu lupa, nyanyuk, dan murung
* Sesiapa sahaja yang ingin merangsang minda, menguatkan daya ingatan, menstabilkan emosi, menyerlahkan aura, serta mendapat ketenangan jiwa.

** perlu di ingatkan bahawa, Aura Minda Pintar hanya merangsang dan membantu sahaja, tidak bermakna anda tidak perlu mengulangkaji pelajaran atau perkara yang sepatutnya anda lakukan. 



TESTIMONI 1
Ahmad Zubir bin Mohd Taib (012-5716721)
Anak kelima saya mengalami masalah autism. Masalah yang sering timbul ialah ia tidak mahu pergi ke sekolah dan liat untuk membuat kerja sekolah. Setelah mengenali produk Auralife dengan secara tidak sengaja iaitu sewaktu menghadiri Konvensyen Pendidikan Dan Kekeluargaan di Politeknik Ungku Omar pada 26 Disember 2009, saya telah memberikan anak saya pil AURA MINDA PINTAR. Alhamdulillah dengan izin Allah, anak saya itu kini rajin pergi ke sekolah dan rajin membuat kerja sekolahnya tanpa disuruh. Jika dulu saya yang memeriksa buku-bukunya untuk mengetahui sekiranya ada ataupun tidak kerja sekolahnya. Kini semua kerja sekolah disiapkan oleh anak saya tanpa saya memeriksanya.

TESTIMONI 2
Anis Balqis binti Hamdan (013 - 4635616)
Saya merupakan pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa bulan yang lalu. Sebelum peperiksaan bermula, saya telah diperkenalkan dengan sejenis minyak wangi yang agak berbeza dari minyak wangi yang lain. Setelah memakainya sebanyak beberapa kali sebelum ke sekolah, saya dapat merasa kelainan yang amat ketara pada diri. Selain itu, saya lebih berasa yakin untuk belajar berbanding sebelum ini. Saya juga memakainya pada waktu malam sebelum belajar. Ternyata saya berasa lebih tenang di dalam solat dan semasa belajar. Saya telah menggunakannya selepas peperiksaan percubaan PMR iaitu pada bulan August. Keyakinan dan semangat untuk belajar semakin meningkat selepas menggunakan perfume ini. Intihannya, saya dapat merealisasikan impian untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan apabila mendapat sekurang - kurangnya 7A 1B berbanding dengan peperiksaan percubaan PMR yang hanya mendapat 2A 4B 1C 1D.

TESTIMONI 3
Ikram Kameel Wajdie berusia 2 tahun (019 - 6603181)
Saya Masniza ibu kepada Ikram Kameel Wajdie yang berusia 2 tahun. Saya adalah seorang daripada agen Auralife yang berasa terharu melihat perubahan kepada anak saya. Sebelum ini saya telah mengajar anak saya menyebut suku kata dan mengajar doa makan serta doa tidur. Saya sebagai ibu risau keadaan anak saya yang tidak boleh menyebut suku kata dan berdoa. Suatu hari saya telah memberi susu dan memasukkan tablet tersebut ke dalam botol susunya. Setelah 8 hari berturut - turut saya memberi tablet tersebut kepada anak saya dan ada peningkatan dari segi sebutan doa yang begitu lancar. Pada hari ahad saya telah menghantar anak saya ke rumah asuhan kanak - kanak, pengasuh terkejut melihat anak saya melompat- lompat di atas kerusi sofa sambil menyanyi, sebutan amat jelas sekali. Selain dari tablet yang saya beri, saya juga amalkan setiap hari dengan memakaikannya wangian Auralife ( 007 ). Setelah anak saya mengamalkan produk Auralife, setiap hari anak saya berniat dengan ayat- ayat seperti > YA ALLAH YA TUHAN KU JADIKANKANLAH AKU ANAK YANG SOLEHAH. Saya selalu berdoa agar syarikat AURALIFE dapat berkembang maju dari hari ke sehari dan dapat mengeluarkan produk Aura yang berkualiti dan dapat mempelbagaikan produk Aura.

TESTIMONI 4
YAZID (019-3148001,019-3876213)
Saya ayah kepada Mohd Zharif yang berusia 12 tahun berasa amat terharu melihat perubahan kepada anak saya yang pemalas dari segi pembelajaran, tidak menunaikan solat serta tidak buat apa yang di suruh oleh ibu dan ayahnya. Selain itu anak saya mengidap sejenis penyakit G6PD ( kurang sel darah merah ). Peperiksaan percubaan UPSR anak saya telah mendapat 3C 1D 2E, subjek yang mendapat E iaitu matematik. Setelah saya diperkenalkan dengan produk Aura Minda Pintar saya menyuruh anak saya amalkan setiap hari, peningkatan ketara terhadap anak saya. Keputusan peperiksaan UPSR telah mendapat 1A 1B 3C, B subjek matematik yang amat mengejutkan bagi saya dan suami. Perubahan yang ketara terdapat anak saya iaitu dia telah menunaikan setiap waktu solat, rajin menolong saya mengemas rumah tanpa di suruh, boleh menjaga adik dan sentiasa bersikap positif. Suatu hari dia berkata kepada saya>>MAK... MAK KENAPA ABANG SEBELUM INI NAKAL,SEKARANG DAH BAIK... Perubahannya amat menakjubkan..ALHAMDULILLAH.






Tetapi dengan pengamalan Aura Minda Pintar, usaha gigih berterusan, doa, tawakal dan dengan izin Allah, semuanya bersatu..... KEJAYAAN MILIK MEREKA!

SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN,
ANAK ANDA BODOH, LEMBAP, TIADA HARAPAN, DLL PERKARA NEGATIF

BERILAH MEREKA SEKALI LAGI PELUANG.....
DENGAN AURA MINDA PINTAR!

INSYA-ALLAH SEGALANYA MUNGKIN! 




Salam Sukses,
Karimah Abdullah

Monday, 23 January 2012

APA ITU AURA & HUBUNGKAITNYA DGN CHAKRA DLM KEHIDUPAN INDIVIDU?

Aura adalah medan tenaga elektromagnetic yg berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (plg slow dibhg bwh & plg laju dibhg crown chakra)...

Medan tenaga ini (aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna2 pelangi yg berada di badan kita yg lebih dikenali sebg Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu2 chakra ini menerima segala tenaga2 positif disekeliling kita dan tenaga2 inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu2 chakra ini tersumbat atau tertutup maka kemungkinan untuk kita terjebak di dalam konflik atau masalah yang menjejaskan perkembangan personaliti akan kita tempuhi.Haa tu yg nanti jadi penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, negatif thinking menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya..

Pintu Chakra 1 - Root atau akar (berada di bhg seksual)- Warna: Merah

Pintu ini berkait rapat dgn survival, security & safety. Tenaga dr chakra ini yg akan menjadikan kita berjaya dlm hidup, dlm perniagaan dan dlm pekerjaan.

Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, kita akan menjd seorg yg penakut, sering kecewa, insecure dan akan mudah mendpt gemuk (obesity, artritis dan sakit2 dibhg kaki)

Pintu Chakra 2 - Belly (Sacral) atau bhg peranakan wanita - Warna: Oren

Pintu ini mewakili sexuality, creativity, intuition and harga diri. Org yg confident, kreatif dan open minded adalah org yg menjaga pintu chakra ke2 ini...

Sekiranya pintu ini tersumbat, kita akan menjd seorg yg suka mengongkong org, negatif atau close minded. Org2 ini akan mendpt penyakit spt kidney failure, stiff lower back, constipation & muscles spams.

Pintu Chakra 3 - Solar Plexus (Perut) Warna: Kuning
Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passions, kemarahan & kekuatan. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg ceria, outgoing, ada maruah diri, expressive and enjoy hidup dan challenges in life.

Skiranya pintu ini tersumbat, kita tdk ada confidence, terlalu memikirkan apa yg org lain fikir ttg kita, dan merasakan org lain mengawal hidup kita.

Pintu Chakra 4 - Heart (Jantung) Warna: Hijau
Pintu ini mewakili emosi, kasihsyg, compassion dan kerohaniah (spiritual). Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg peramah, compassionate, org yg sentiasa bersangka baik pd org lain.

Skiranya pintu ini tersumbat, kita tdk adalah org yg paranoid, indecisive (x ttp pendirian), takut tuk dikecewakan dan xtau menghargai kasih syg.

Pintu Chakra 5 - Throat (Leher) Warna: Biru

Pintu ini mewakili pusat komunikasi samada melalui suara atau tulisan. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg kreatif dlm penulisan, fikiran dan pemimpin yg bagus.

Sekiranya pintu ini tersumbat, kita tdk adalah org yg lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam & takut pd byg2 sendiri.

Pintu Chakra 6 - Third Eye (Mata ke3) Warna: Indigo
Pintu ini mewakili pusat utk kebolehan psikik, minda yg tinggi & spiritual yg tinggi. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org tau apa yg dia mahu dlm hidup, telepati dan org yg boleh melihat kehidupan org lain.

Skiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg takut pd kejayaan dan ego xkena tmpt.

Pintu Chakra 7 - Crown (Ubun2) Warna: Violet & Putih

Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran2 yg dinamik dan tenaga2 yg alpha. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg tinggi kerohaniahnya dan org yg berfikiran tinggi dan positif. Roh ditiup melalui ubun2 dan ditarik juga melalui ubun2...Pintu ini adalah pintu yg paling nak dijaga.

Apa itu AURA ?

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walaubagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah megikut keadaan fizikal, suhu, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.


MAKNA & SIFAT WARNA



Warna boleh menjadi membina ataupun boleh memusnahkan. Ia boleh meransang, memperbaiki atau menarik perhatian. Ia boleh menjadi lelaki atau wanita. Ia boleh menjadi negatif atau positif. Warna aura juga menyediakan kunci kepada personaliti, mood, kematangan dan kesihatan individu tertentu. Ia juga pantulan/biasan kepada aspek rohani dan jasmani. Aura boleh berubah - ubah mengikut emosi anda di waktu itu 

Adalah satu tugas yang besar untuk kita mempraktikkan bagaimana untuk mentafsirkan warna-warna aura. Tiap-tiap warna tersebut mempunyai perwatakan tersendiri, tetapi perubahan warna aura akan mengubah perwatakan tersebut. Kedudukan warna, keamatan warna serta kedudukan warna pada medan aura perlu dipertimbangkan.

Warna aura yang berdekatan dengan tubuh manusia mempengaruhi keadaan fizikal individu tertentuu. Ia juga menunjukkan manifestasi tenaga tersebut. Ia juga menunjukkan tenaga yang boleh diperolehi oleh seseorang individu tertentu.
Merah
Adalah warna bagi tenaga yang kuat, api dan kuasa kreatif utama. Merah juga tenaga yang menyokong kehidupan. Ia adalah panas. Ia menunjukkan keinginnan yang kuat, minda dan seterusnya. Ia juga satu warna dinamik yang mempengaruhi kemarahan, cinta, benci dan perubahan yang tidak terduga. Ia juga menandakan kelahiran baru dan mutasi.

Ia adalah warna yang memberi kesan kepada sistem edaran darah dalam badan kita, sistem peranakan (tenaga seksual) dan kebangkitan kebolehan dan bakat yang terpendam.Terlalu banyak merah atau kekeruhan yang amat merah boleh menyebabkan stimulasi yang melampau, kesakitan yang melampau atau ketidakseimbangan. Ia juga boleh menyebabkan kegugupan, panas baran, agresif, keketaran atau tindakan yang melampau.

Oren
Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi. Ia adalah penunjuk kepada keberanian, ceria dan peramah. Ia adalah warna yang boleh memberi kesan kepada pembukaan kepada kesedaran yang baru. Bergantung kepada warna, ia juga menunjukkan ketidakseimbangan emosi. Keamatan oren yang gelap juga boleh memberi kesan kepada maruah, kebimbangan dan juga harga diri.

Kuning
Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik. Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Hijau
Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Biru
Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia adalah warna yang memberi ketenangan dan kesepian. Ia penting dalam mempengaruhi kebenaran dan serius. Ia juga menunjukkan kebolehan dalam telepati. Biru muda menunjukkan daya imaginasi yang aktif dan intuisi yang baik. Gelapnya warna biru menunjukkan naluri yang agak kesepian. Makin keruh warna biru itu, ia memberi kesan kepada sikap selalu ingin cepat, bimbang, ketakutan, mudah lupa dan terlalu sensitive.

Ungu Violet
Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempengaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual. Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.

Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Warna aura yang lain:

Merah jambu
Warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan.
Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Emas
Warna emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan.
Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Putih
Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya. Ia menunjukkan kebenaran dan kesucian. Ia juga menunjukkan tenaga individu tertentu sedang dibersihkan dan menjadi hampir tulin. Ia juga menunjukkan kebangkitan daya kreativiti yang cukup tinggi
Kelabu
Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.
Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Perang
Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.
Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tersebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempengaruhi kawasan masalah dalam fizikal.

Hitam
Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Saya mendapatinya adalah tidak benar.
Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Tiada apa yang salah tentang itu. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan pengorbanan akan terjadi akhirnya.

Perak berkilauan
Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif.